Dunia Dalaman Menzahirkan Dunia Luaranmu


DILEMA MONOPOS???



Menopos didefinasikan apabila terjadinya tidak datang haid selama 12 bulan dikira dari tarikh akhir haid. Ia berlaku akibat tidak aktifnya folikel sel telur.

Purata usia bagi wanita menghadapi menopos adalah sekitar 43 - 57 tahun. Namun tiada cara yang jelas dan pasti untuk menentukan bilakah usia sebenar wanita akan mula mengalami menopos. Ada kepercayaan dan pendapat mengatakan bahawa faktor keturunan menjadi kayu pengukur dan anggarapan kepada bila wanita itu akan tiba waktu menopos adalah pada usia yang tidak jauh bezanya dari menopos ibunya...

Tanda Pra-monopos adalah:

* Berlakunya perubahan dalam kitaran haid samada memendek atau memanjang tempoh haid, lebih banyak atau lebih sikit keluar haidnya dari biasa.
* Panas baran, hot flash (rasa panas pada wajah), perubahan emosi
* Rasa panas dan berpeluh pada waktu mlm
* Mengalami gangguan tidur atau sukar tidur
* kekeringan pada vagina
* Mudah tersinggungg atau sensetif
* Rasa sakit ketika bersama akibat kekeringan
* Tidak mampu menahan air terkencing ketika batuk, bersin atau ketawa.
* Hilang minat bermain cinta atau hubungn seksual.
* Masalah tumpuan dan pelupa
* Peningkatan lemak di sekeliling pinggang.

HARUS DIINGATKAN!!!..bahawa menopos bukanlah penyakit tetapi ia adalah kitaran normal perubahan fasa bagi seorang wanita dalam hidupnya..

Jalanilah kehidupan yg sihat, bersenam, pemakanan yang sihat..Lebih mendekatkan diri pada tuhan dan didikan agama.. Sibukkan diri dengan aktiviti supaya wanita ini tidak murung dan stress...

Para suami..saat begini, harus mendekati dan memberi sokongan dan dokongan kpd isteri anda..agar wanita ini tidak merasa rendah diri dan menjauhkan diri dari anda... Be more alert!!! lihatlah perubahan pada isteri anda...kerana kebiasaannya tidak semua wanita mahu berterus terang hal ini dengan suami..mereka lebih suka berdiam dan memendam perasaan... Maka itu ada para suamilah yang harus mendekati isteri anda ...

Untuk mengembalikan keyakinan anda seperti wanita biasa..nnti saya akan ajarkan caranya dengan JSD ada penyelesaiannya.. bersama saya ptg ini utk cara bersama JSD



Tiada ulasan:

Catat Ulasan